Thursday, 10 December 2015

hilang kawan

lost . kehilangan .
sapa tak pernah rasa ? okay tipu lah kalau tak pernah rasa .. waktu kecik2 dulu hilang pemadam pun nangis . hahaha . okay tak lawak .

actually aku hilang sorang drpd budak kelas aku . well i know that is okay to let them go n chasing their dreams . tapi , selama setahun setengah dalam kelas yang sama dgn bilangan student yang tak ramai , memang terasa berat untuk lepaskan .

well i hope that he is okay from now onwards . harap dia boleh biasakan diri dgn all the awkward moment bila dia dgn budak baru . eh dia tu pemalu okay . nak rapat dgn dia n kenal dia perlukan masa lebih setengah tahun tau . seriously . dah la pendiam .

but he is kinda have lots of sense of humor . hahaha . mcm2 benda pelik yg ada kat dia . well dia tak sama mcm lelaki lain yg kejarkan kekacakan . kejarkan nama atau popularity . kalau boleh dia tak ingin pun orang kenal dia . dia limitkan org untuk kenal dia . dia tak ksah kalau org mengutuk dia or whatever asalkan dia tetap dapat apa yg dia cakap .

well aku tak kenal dia sangat pun since aku ni bukan jenis suka bercakap dgn org . aku just observe je lah . so tu je setakat yang aku tahu . hihi . *teruk betul perangai*

kepada yang dapat SPA intake bulan january 2016 nanti , goodluck . aku takda rezeki untuk ke arah tu . banyak sangat halangan . :( but its okay . maybe my diploma in geomatic science is the best course for me kot . insya allah . and i'll do my best to get my best . ;)

Sunday, 6 December 2015

tomorrow is the 1st day of class and now i got so much story to tell

blog ni , tempat aku luahkan segala-galanya . aku bukan taknak luahkan kpd manusia . tapi , aku tahu setiap manusia ada masalah masing2 . aku taknak bebankan manusia dengan luahan kecil aku . lagi pun , sia2 aku luahkan kpd manusia jika mereka tidak betul2 mendengar .

aku pendam setiap yang aku rasa . dan sejujurnya , pendam perasaan adalah perkara paling susah utk dilakukan . sakit . tapi , aku bukan jenis yang akan kisah pasal perasaan . takkan ambil kisah pasal hati . sampai satu tahap , aku dah taktahu perkara yang aku buat tu ikhlas atau tak .

setiap hubungan aku dengan orang lain , seakan tiada keikhlasan . well , yes i am being kind to everyone . being friendly to all people and all . and , yeah , have 1 permanent team to hang out with; kind of BFF lah . haha . tapi , aku tak seikhlas tu . my permanent team hanya sekadar "connection" atau "hobi" . i dont know . of course aku akan selalu ada  bila mereka sedih . bila mereka gembira . sentiasa ada . cuma , keber'ada'an aku dengan mereka tu hanya satu syarat utk aku tak rasa sunyi .

aku tak lah sekejam tu untuk jadikan mereka sebagai boneka . aku hargai mereka seadanya mereka . aku bukan jenis yang kena-ada-syarat kalau nak kawan dgn aku . aku terima semua jenis manusia dalam hidup aku . tak kisah lah seteruk mana manusia tu . asalkan dia nak kawan dgn aku . dan ikhlas bkawan dgn aku .

kenapa dia kena ikhlas sedangkan aku sendiri tak tahu aku ikhlas ke tak berkawan dgn dia ? -sebab aku akan belajar utk hargai kawan aku macam mana manusia yang masuk dalam hidup aku tu hargai kawan dia . :) kalau cara dia kasar , maka kasarlah lah cara aku . kalau lembut cara dia maka lembut lah cara aku .

aku tak berpendirian ? entah la . mungkin ya . macam lalang kan ? disebabkan perangai aku yang macam lalang ni lah aku benci diri aku . takda pendirian langsung . takda langsung perasaan nak jadi diri sendiri . perangai orang sekeliling tu lah perangai aku . hmm . sampai aku sendiri taktahu aku yang sebenar yang mana satu . semua perangai dalam diri aku ni semua aku copy paste dari perangai orang lain .

tapi bila difikirkan balik , aku yang sebenar hanya lah seorang perempuan lemah , yang terlalu lemah , sehingga takkan bangkit utk bela diri sendiri . aku biarkan org pijak kepala , pijak maruah aku . aku biarkan . seorang perempuan bodoh yang taktahu bawa diri . seorang perempuan buruk yang takkan kisah pasal pemakaian atau style . cara paling selekeh tu lah cara aku . kadang tu mcm badut . tapi aku keluar jugak pergi mall pakai selipar . pakai track suit masuk panggung . pakai tshirt pergi dinner . langsung takda taste . hahaha . tapi , aku tak kisah . banyak lagi benda yang aku kena kisah .

aku kisah utk ubah diri menjadi seorang muslimah sejati . ewahh . haha . percayalah . cuma , aku tengah cuba baiki hati aku dan mulut aku dulu . biarlah pelan2 . aku nak rasa keikhlasan yang dah lama aku tak rasa .

aku kisah untuk jadi seorang anak yang baik . yang tak lupa mak ayah . yang akan bagi sepenuh kasih sayang utk mak ayah . yang hargai mak ayah . okay mak yang aku maksudkan kat sini is mak tiri okay . even dia mak tiri ja , tapi aku hormat dia . sbb sedikit sbanyak dia still dah ajar aku utk jadi rajin . dulu aku malas beb . seriously . maktiri aku ni takda lah bagi kasih sayang yang peluk2 cium2 tu . tapi cara dia , dia buat something . dan tak pernah suruh aku buat apa2 . aku bukan jenis yang akan buat kalau disuruh . so of coz lah aku ikut cara dia . aku buat apa dia buat tanpa disuruh . sbb aku malu bila dia kemas rumah tapi bilik aku bersepah2 macam tongkang pecah . hahaha . dia tak msuk bilik aku . faham privacy aku . so aku kemas lah sendiri . daripada bilik macam bilik tikus , sampai lah bilik tu btukar jadi bilik seorang anak dara paling pembersih . hahahaha ! okay over .

Tuesday, 14 July 2015

Perasaan aku yang seakan tiada perasaan

Lagi dua tiga hari je nak raya . but why do I don't feel anything ? Why ? Just , asking myself , WHY ???

Siapa tak teringin nak rasa riuh rendah antara adik beradik , sanak sedara ? Siapa taknak ? Kepada yang taknak tu , jangan lah butakan mata hati anda . sepatutnya hari itu adalah hati kita mengeratkan silaturrahim antara saudara mara .

Aku di sini , rindu kepada suasana itu . sejak arwah mak meninggal , semua hilang . aku lost dengan situasi tersebut . aku seakan hilang segala galanya . kemeriahan , keseronokan , keghairahan menyambut raya dengan keluarga , hilang dalam sekelip mata . aku rindu .

Ingat lagi , dulu 3 4 hari sebelum raya , aku dgn kakak2 semua sibuk buat kuih raya ramai2 . riuh rendah jadinya rumah ni . bila nak raya je , semua tak sabar nak balik rumah jumpa keluarga .

Sekarang , semua berubah . tiada lagi riuh rendah tu . tiada lagi perasaan bahagia macam dulu . tiada lagi perasaan excited nak balik rumah . even nak beli kuih raya pun tak terfikir . ramadhan ke berapa sekarang pun dah tak kisah . rasa mcm baru semalam masuk 1 ramadhan .

Kadang tu rasa mcm taknak ramadhan ni tinggalkan aku . sebab aku taknak teringat segala memori time pagi raya tu .

Tahu tak sekarang aku tengah buat apa ? Aku tengah dengar lagu raya . aku download segala lagu raya untuk merasai perasaan nak raya . untuk on kan mood raya . dan otak aku nie kena paksa untuk terima yang tepat jam 12 tgh malam tadi dah masuk ramadhan ke 28 . which mean lg 2 hari nak raya .

Tapi , hati ni seakan mati . dah tak boleh nak terima . ya aku tahu lg 2 hari nak raya , but I need that true feelings . jiwa aku seakan hilang . aku sebolehnya nak
Elak perasaan yg tiada perasaan ni . aku nak rasa keghairahan tu kembali .

Aku.rindu . :(

Wednesday, 8 July 2015

Takkan ganggu dia

Disebabkan perempuan yang entah dari mana tu boleh buat dia senyum , aku jadi malas nk memerhati .

Tapi semalam , aku nampak dia . dengan kawan2 dia . aku tak boleh lari daripada memerhati . mungkin sebab itu memang tabiat aku daripada semester satu sehingga aku tak boleh lari drpd melihat dia . mungkin .

Sedang aku memerhati , dia memandang tepat ke arah aku . jauh kami pada masa itu ada lah dalam 100m . tapi aku sedar dia memandang ke arah aku . dan aku tak boleh bertentang mata lama lama dengan lelaki . itu bukan aku .

Aku , tak tahan dengan situasi itu , jadi aku tunduk dan menghilang di tengah orang ramai yang berada di situ . hilang sebentar , untuk mencari nafas . matanya yang redup ke arah aku membuatkan aku tak tahan . rasa nak lari .

Kembalinya aku di situ , dia dah tiada di situ . aku cuba mencari , tapi tak jumpa .Mungkin itu petunjuk untuk dia nyatakan yang dia tak selesa dengan aku .

Jangan risau . saya takkan ganggu awak .

Monday, 6 July 2015

hari terakhir

sebelum ni , aku tak pernah nampak dia tergelak bila bersama kawan . kawan yang mana ? yang lelakilah . kalau yang kawan lelaki pun dia jarang nak bersembang bergelak , apatah lagi yang perempuan . itu fikiranku sahaja .

padahal dia hanya lelaki biasa . yang mempuanyai perangai biasa . perangai yang sama dengan lelaki lain .

sebelum ni , aku suka tengok dia berseorangan . sebab aku akan rasa macam aku nak berada di sampingnya . untuk lindungi dia . atau dilindungi oleh dia . aku selalu membayangkan untuk menjadi seseorang dalam hidup dia .

tapi , tadi segalanya seakan berakhir .
aku nampak dia bergelak dengan perempuan . mungkin classmate dia .

tapi susah untuk aku terima . dia senyum , aku suka . tapi senyum dengan perempuan . terkilan . hari yang bahagia aku menjadi hari paling terkilan .

biarlah dia . dia pun perlukan life dia . mungkin hari semalam menjadi hari terakhir aku meminatinya dalam diam . selama 3 semester aku setia memandang dan memerhati , semalam , 6/7/2015 adalah hari terakhir .

semoga dia bahagia dengan perempuan itu . aku bahagia lihat dia senyum . dan aku harap perempuan itu akan sentiasa buat dia senyum . :) selamat tinggal wahai dia .

dia lagi

aku jumpa dia lagi . oh maaf . bukan jumpa . tapi ternampak . macam biasa , aku tak dapat kawal hati . hampir sahaja aku terjerit di tempat penuh manusia itu .

aku mengaku , aku obses .
terlalu obses kepada dia .
tapi selagi dia tak sedar ,
maknanya aku masih berpeluang untuk menjadi pemerhati dari jauh .

dia terlalu sempurna di mata aku .
sehingga aku tak sanggup untuk mancari masalah dengan hati dia .

masih tak kenal aku ? aku seorang yang terlalu cepat untuk suka . dan terlalu cepat untuk bosan . aku bosan dengan kepura-puraan . bosan dengan setiap kata-kata manis sang lelaki . ya , aku bosan .

disebabkan itu , aku lagi suka untuk menjadi pemerhati sahaja . aku puas . walaupun hanya dari jauh .

bagi aku , perasaan itu terlalu suci untuk dipermainkan atau diganggu . biarlah perasaan itu hadir sendiri . usah diberitahu . biarkan hanya aku yang tahu .

Saturday, 4 July 2015

biarlah dia tak kenal aku

dia . orang yg membuatkan hari yang kusam menjadi hari paling indah . menukarkan hari penuh masalah kepada hari paling tenang .

wajahnya yang sentiasa kelihatan cool dekat mata aku sentiasa menjadi idaman naluri . setiap hari , dia akan kucari . bagi memenuhi segala inspirasi . daripada dia , aku belajar erti bersabar . melihat wajah dia , mengajar aku utk sentiasa berdikari .

dia tak kenal aku . dan tak pernah pandang aku . tapi , dia sentiasa depan mata aku . bukan niat aku untuk menjadi stalker . tapi aku suka . suka cara dia . suka dengan segala perbuatan dia . walaupun dia tak lernah buat apa-apa yg boleh memikat perempuan . aku tahu , dia bukan jenis lelaki yang suka berkawan dengan sesiapa . bukan bermaksud dia tiada kawan . cuma , jarang sekali aku dengar dia bergelak ketawa dengan rakan-rakannya . aku tahu , dia bukan pendiam . di sebalik sikap dia yang sentiasa berjalan seorang , aku tahu sikap dia yang sebenar hanya utk seseorang yang istimewa .

dan aku ingin menjadi si istimewa dalam hidup dia . aku ingin .

tapi segala hasrat itu aku pendam . daripada semester 1 aku sentiasa pandang dia . sehingga sekarang dia semester 3 . hanya dia yang mampu menceriakan hariku . :)