Monday, 6 July 2015

hari terakhir

sebelum ni , aku tak pernah nampak dia tergelak bila bersama kawan . kawan yang mana ? yang lelakilah . kalau yang kawan lelaki pun dia jarang nak bersembang bergelak , apatah lagi yang perempuan . itu fikiranku sahaja .

padahal dia hanya lelaki biasa . yang mempuanyai perangai biasa . perangai yang sama dengan lelaki lain .

sebelum ni , aku suka tengok dia berseorangan . sebab aku akan rasa macam aku nak berada di sampingnya . untuk lindungi dia . atau dilindungi oleh dia . aku selalu membayangkan untuk menjadi seseorang dalam hidup dia .

tapi , tadi segalanya seakan berakhir .
aku nampak dia bergelak dengan perempuan . mungkin classmate dia .

tapi susah untuk aku terima . dia senyum , aku suka . tapi senyum dengan perempuan . terkilan . hari yang bahagia aku menjadi hari paling terkilan .

biarlah dia . dia pun perlukan life dia . mungkin hari semalam menjadi hari terakhir aku meminatinya dalam diam . selama 3 semester aku setia memandang dan memerhati , semalam , 6/7/2015 adalah hari terakhir .

semoga dia bahagia dengan perempuan itu . aku bahagia lihat dia senyum . dan aku harap perempuan itu akan sentiasa buat dia senyum . :) selamat tinggal wahai dia .

No comments:

Post a Comment