Tuesday, 14 July 2015

Perasaan aku yang seakan tiada perasaan

Lagi dua tiga hari je nak raya . but why do I don't feel anything ? Why ? Just , asking myself , WHY ???

Siapa tak teringin nak rasa riuh rendah antara adik beradik , sanak sedara ? Siapa taknak ? Kepada yang taknak tu , jangan lah butakan mata hati anda . sepatutnya hari itu adalah hati kita mengeratkan silaturrahim antara saudara mara .

Aku di sini , rindu kepada suasana itu . sejak arwah mak meninggal , semua hilang . aku lost dengan situasi tersebut . aku seakan hilang segala galanya . kemeriahan , keseronokan , keghairahan menyambut raya dengan keluarga , hilang dalam sekelip mata . aku rindu .

Ingat lagi , dulu 3 4 hari sebelum raya , aku dgn kakak2 semua sibuk buat kuih raya ramai2 . riuh rendah jadinya rumah ni . bila nak raya je , semua tak sabar nak balik rumah jumpa keluarga .

Sekarang , semua berubah . tiada lagi riuh rendah tu . tiada lagi perasaan bahagia macam dulu . tiada lagi perasaan excited nak balik rumah . even nak beli kuih raya pun tak terfikir . ramadhan ke berapa sekarang pun dah tak kisah . rasa mcm baru semalam masuk 1 ramadhan .

Kadang tu rasa mcm taknak ramadhan ni tinggalkan aku . sebab aku taknak teringat segala memori time pagi raya tu .

Tahu tak sekarang aku tengah buat apa ? Aku tengah dengar lagu raya . aku download segala lagu raya untuk merasai perasaan nak raya . untuk on kan mood raya . dan otak aku nie kena paksa untuk terima yang tepat jam 12 tgh malam tadi dah masuk ramadhan ke 28 . which mean lg 2 hari nak raya .

Tapi , hati ni seakan mati . dah tak boleh nak terima . ya aku tahu lg 2 hari nak raya , but I need that true feelings . jiwa aku seakan hilang . aku sebolehnya nak
Elak perasaan yg tiada perasaan ni . aku nak rasa keghairahan tu kembali .

Aku.rindu . :(

Wednesday, 8 July 2015

Takkan ganggu dia

Disebabkan perempuan yang entah dari mana tu boleh buat dia senyum , aku jadi malas nk memerhati .

Tapi semalam , aku nampak dia . dengan kawan2 dia . aku tak boleh lari daripada memerhati . mungkin sebab itu memang tabiat aku daripada semester satu sehingga aku tak boleh lari drpd melihat dia . mungkin .

Sedang aku memerhati , dia memandang tepat ke arah aku . jauh kami pada masa itu ada lah dalam 100m . tapi aku sedar dia memandang ke arah aku . dan aku tak boleh bertentang mata lama lama dengan lelaki . itu bukan aku .

Aku , tak tahan dengan situasi itu , jadi aku tunduk dan menghilang di tengah orang ramai yang berada di situ . hilang sebentar , untuk mencari nafas . matanya yang redup ke arah aku membuatkan aku tak tahan . rasa nak lari .

Kembalinya aku di situ , dia dah tiada di situ . aku cuba mencari , tapi tak jumpa .Mungkin itu petunjuk untuk dia nyatakan yang dia tak selesa dengan aku .

Jangan risau . saya takkan ganggu awak .

Monday, 6 July 2015

hari terakhir

sebelum ni , aku tak pernah nampak dia tergelak bila bersama kawan . kawan yang mana ? yang lelakilah . kalau yang kawan lelaki pun dia jarang nak bersembang bergelak , apatah lagi yang perempuan . itu fikiranku sahaja .

padahal dia hanya lelaki biasa . yang mempuanyai perangai biasa . perangai yang sama dengan lelaki lain .

sebelum ni , aku suka tengok dia berseorangan . sebab aku akan rasa macam aku nak berada di sampingnya . untuk lindungi dia . atau dilindungi oleh dia . aku selalu membayangkan untuk menjadi seseorang dalam hidup dia .

tapi , tadi segalanya seakan berakhir .
aku nampak dia bergelak dengan perempuan . mungkin classmate dia .

tapi susah untuk aku terima . dia senyum , aku suka . tapi senyum dengan perempuan . terkilan . hari yang bahagia aku menjadi hari paling terkilan .

biarlah dia . dia pun perlukan life dia . mungkin hari semalam menjadi hari terakhir aku meminatinya dalam diam . selama 3 semester aku setia memandang dan memerhati , semalam , 6/7/2015 adalah hari terakhir .

semoga dia bahagia dengan perempuan itu . aku bahagia lihat dia senyum . dan aku harap perempuan itu akan sentiasa buat dia senyum . :) selamat tinggal wahai dia .

dia lagi

aku jumpa dia lagi . oh maaf . bukan jumpa . tapi ternampak . macam biasa , aku tak dapat kawal hati . hampir sahaja aku terjerit di tempat penuh manusia itu .

aku mengaku , aku obses .
terlalu obses kepada dia .
tapi selagi dia tak sedar ,
maknanya aku masih berpeluang untuk menjadi pemerhati dari jauh .

dia terlalu sempurna di mata aku .
sehingga aku tak sanggup untuk mancari masalah dengan hati dia .

masih tak kenal aku ? aku seorang yang terlalu cepat untuk suka . dan terlalu cepat untuk bosan . aku bosan dengan kepura-puraan . bosan dengan setiap kata-kata manis sang lelaki . ya , aku bosan .

disebabkan itu , aku lagi suka untuk menjadi pemerhati sahaja . aku puas . walaupun hanya dari jauh .

bagi aku , perasaan itu terlalu suci untuk dipermainkan atau diganggu . biarlah perasaan itu hadir sendiri . usah diberitahu . biarkan hanya aku yang tahu .

Saturday, 4 July 2015

biarlah dia tak kenal aku

dia . orang yg membuatkan hari yang kusam menjadi hari paling indah . menukarkan hari penuh masalah kepada hari paling tenang .

wajahnya yang sentiasa kelihatan cool dekat mata aku sentiasa menjadi idaman naluri . setiap hari , dia akan kucari . bagi memenuhi segala inspirasi . daripada dia , aku belajar erti bersabar . melihat wajah dia , mengajar aku utk sentiasa berdikari .

dia tak kenal aku . dan tak pernah pandang aku . tapi , dia sentiasa depan mata aku . bukan niat aku untuk menjadi stalker . tapi aku suka . suka cara dia . suka dengan segala perbuatan dia . walaupun dia tak lernah buat apa-apa yg boleh memikat perempuan . aku tahu , dia bukan jenis lelaki yang suka berkawan dengan sesiapa . bukan bermaksud dia tiada kawan . cuma , jarang sekali aku dengar dia bergelak ketawa dengan rakan-rakannya . aku tahu , dia bukan pendiam . di sebalik sikap dia yang sentiasa berjalan seorang , aku tahu sikap dia yang sebenar hanya utk seseorang yang istimewa .

dan aku ingin menjadi si istimewa dalam hidup dia . aku ingin .

tapi segala hasrat itu aku pendam . daripada semester 1 aku sentiasa pandang dia . sehingga sekarang dia semester 3 . hanya dia yang mampu menceriakan hariku . :)

Thursday, 2 July 2015

Apabila bosan

Assalamualaikum

So here we are.. in blog kesahke aku ? Haaa .. Actually kesahkeaku ni macam just to describe the real "me" . Emm . Seriously . Aku nie selfish kot .. klo dah kenal aku tu tahu lah aku ni mcm mana .

but i didnt mean that selfish . I mean , aku nie tak se"alert" perempuan2 lain tu . Like , "eh kau pakai tudung nie dah 3 hari kann" , or "weh kau tgk prempuan tu jalan , macam senget sikit kan" . No . That is seriously not me . Kau pakai lah tudung tu seminggu direct tiap2 hari pun , aku takkan perasan yg kau paai tudung yg sama . Hahaha .. betul . Percaya lah cakap aku .

Aku just kesah pasal diri sendiri je . Tu pun kalau datang mood rajin aku . Kalau datang lah . Kalauuu .. kena faham tu . aku nie pemalas orangnya . Eh perlu ke citer pasal tu ? Huh kesah pulak aku .

Malam ni aku bosan sebenarnya . biasalah esok tiada kelas .. haish . Ada kelas , malas nk pergi . Takda kelas , merungut . Inilah manusia .